PENGENALAN – SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber SMK USJ 4, Subang Jaya telah diwujudkan pada tahun 2000 dan memulakan operasinya pada tahun yang sama.
Pusat Sumber SMK USJ 4 terdiri daripada sebuah Bilik Perpustakaan, Sebuah Bilik Tayangan (APD) dan sebuah bilik Fleksi. Bilik Bahan Bantu Belajar/Mengajar dan kebanyakkan Alat Bantu Mengajar diletakkan di bilik-bilik khas seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni, dan Makmal Sains. Pihak PIBG sekolah ini juga memainkan peranan penting bagi membangunkan Pusat Sumber sekolah ini.
Lokasi Pusat Sumber/Perpustakaan Sekolah terletak di tingkat satu bangunan Foyer C. Ianya merangkumi sebuah bilik utama yang berukuran lebih kurang 3 ‘bay’. Bilik APD pula terletak di aras dua di blok A dan berukuran 1 ‘bay’ manakala Bilik Fleksi pula terletak di aras tiga di Blok A.
Kini PSS SMK USJ 4, memainkan peranan penting dalam pembangunan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan prasarana kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.
No comments:
Post a Comment